Renovate Rumah Pangsapuri Di Kuala Lumpur

Posted on Posted in Renovate Rumah

Renovate rumah pangsapuri di Kuala Lumpur yang melibatkan kerja-kerja membaiki seluruh rumah. Rumah yang dibeli hanya RM50,000 tetapi disebabkan rumah tersebut adalah rumah lama, terdapat seribu satu masalah dalam rumah tu.

Masalah-masalah utama rumah lama ialah atap/bumbung bocor, toilet usang serta mosek/tile yang kotor-kotor / rosak, cat dinding usang / lama yang hitam dan busuk, pintu bilik rosak, grill rosak, tingkap pecah dan rosak.

Masalah-masalah seperti ini boleh diperbaiki serta-merta dan kos tidak akan melambung tinggi. Peruntukkan sebanyak RM5,000 boleh menyelesaikan masalah asas dalam rumah tersebut.

Tetapi, yang penting, selepas renovate rumah yang lama, rumah akan dijamin selesa dan sesuai didiami oleh sekeluarga. Lagipun, kos untuk membeli pangsapuri seperti rumah tersebut adalah sangat munasabah, dan pemilik rumah boleh meningkatkan peruntukkan untuk renovate rumah, serta untuk membeli perabot yang lebih canggih dan selesa untuk kegunaan sekeluarga.

reno5 reno6 reno7 reno9 reno reno2 reno3 reno4