Pemasangan Pintu Sekuriti Yang Tahan Lasak Dan Selamat Di Shah Alam

Posted on Posted in Renovate Rumah

Pintu sekuriti besi adalah pintu yang menjana minat di kalangan pemilik rumah di Malaysia kebelakangan ini. Pintu besi sekuriti mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amak unik dan memberi tahap keselamatan yang tertinggi kepada penghuni rumah.

Misalnya, pintu securiti mempunyai mekanisma mengunci yang terbaik dimana sebatang kunci mampu mencetuskan tiga mekanisma penguncian yang lain di dalam pintu itu – iaitu 1 penguncian atas, dan 2 penguncian di tepi.

Jikalau anda sedang mencari pintu yang boleh memberi tahap sekuriti yang terbaik dan boleh dibeli dengan harga yang sangat munasabah, anda boleh mempertimbangkan pintu sekuriti dengan serius.

Pintu sekuriti dibawah dibeli dengan harga RM1,300, dan telah termasuk kos pemasangan oleh syarikat tersebut. Pintu ini juga datang dengan grill putih di tengah yang telah dipotong oleh laser mengikut reka bentuk yang pemilik rumah suka.

2016409102230 2016409102805 2016409111034 2016409111104 2016409092400 2016409093453 2016409102212